Tips Lulus Paper Moral for SPM

Sunday 29 September 2013
Nak lulus Kertas Moral SPM? Senang sahaja.
1. Hafal Nilai dan Kata Kunci Nilai Rasional dan Bertanggungjawab
2.Kata Kunci Nilai Rasional ialah i)Boleh Berfikir dan ii)Bertindak Wajar
3.Kata Kunci Nilai Bertanggungjawab ialah i)Memikul Tugas dan ii)Melaksanakan Tugas
4.Untuk Soalan Struktur lihat pecahan markah .Untuk soalan "Nyatakan" hanya bagi Nilai. Manakala soalan
   yang minta "Huraikan,Jelaskan,Bincangkan" jawab Nilai Rasional.Watak dan kata kunci dan huraian (tak
   wajib).
5.Soalan yang minta definisi pastikan tiada watak.Hanya tulis dua kata kunci cukup
6.Bagi soalan KBKK memang perlu banyak membaca,untuk selamat pastikan anda beri jawapan "extra"
  satu,ada juga cara jawab yang selamat tapi terlalu panjang untuk dibincangkan disini
7.Bagi soalan Nilai,anda boleh jawab semua soalan 1 hingga 8 guna Nilai Rasional dan Bertanggungjawab.

Reminder:Tips ini hanya untuk pelajar yang kurang kemahiran membaca dan pemahaman yang rendah.Bagi pelajar yang tiada masalah ini jawab seperti biasa cuma berikan satu jawapan "extra" as backup termasuk nilai.

Contoh:
1. Huraikan/Jelaskan/Bincangkan  dua nilai yang diamalkan oleh Abu bagi menjaga maruah dirinya.
Jawapan: Nilai Rasional.Abu Boleh Berfikir kepentingan menjaga maruah diri.
               Nilai Bnggungjawaertab.Abu memikul tugas dalam menjaga maruah dirinya.
P/s: Markah diberi pada "highlight ungu" tapi jika tiada watak atau watak salah maka semua dikira salah.

8.Untuk Watak sila lihat perkataan selepas oleh.Contoh seperti yang dihighlight warna merah.Biasanya watak selepas perkataan oleh.namun kadangkala anda harus berfikir siapa watak yang diceritakan (biasanya soalan berbentuk Puisi,pernyataan etc.

okey.Sampai sini sahaja sebab banyak sangat nak share,masa untuk makan,kita sambung later ya :P
Sila like MORALSMKBBS di facebook.